Kyuhyun Super Junior Dedah Diminta Jalani Pembedahan Plastik Selepas Debut

5 Oct 2023 • 1:56 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ahli boy band Korea Selatan, Super Junior iaitu Kyuhyun mengakui bahawa dirinya diminta untuk menjalani pembendahan plastik selepas debut.

Kyuhyun Super Junior buat pembedahan plastik

Memetik laporan dari Kimchi Daily, Kyuhyun memaklumkan hal tersebut sewaktu terlibat dalam program televisyen SBS “Dolsing Fourmen” pada 3 Oktober.

image is not available

Kyuhyun Super Junior diminta buat pembedahan oleh syarikat

Ketika itu, pengacara Lee Sang-min bertanya kepada ahli Super Junior tersebut sama ada dia terkenal ataupun tidak sewaktu di sekolah.

Susulan daripada itu, Kyuhyun Super Junior berkenaan memberi respon dan menjawab dengan mengatakan yang dirinya telah diminta untuk melakukan pembedahan plastik oleh syarikat.

image is not available

pembedahan di bahagian mata

Jadi, perubahan di bahagian matanya jelas kelihatan dan cukup berbeza di bahagian mata antara sewaktu disekolah dan juga selepas debut sebagai ahli kumpulan Super Junior.

Saya tidak mempunyai kelopak mata berganda pada masa itu. Saya hanya mempunyainya selepas debut kerana syarikat meminta saya melakukan pembedahan.

setengah orang memanggil saya ‘raksasa pembedahan plastik’. Saya hanya membuatnya di bahagian mata saya. Memanggil saya sebegitu adalah keterlaluan,”katanya.

image is not available

Walau bagaimanapun, selebriti berusia 35 tahun itu tetap kelihatan kacak sebelum serta sesudah melakukan pembedahan plastik.

Sumber: Kimchi Daily