“Syarikat Suruh..” – Kyuhyun SuJu Dedah Diminta Jalani Pembedahan Plastik Selepas Debut

Entertainment
4 Oct 2023 • 12:53 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Semakin ramai selebriti yang nampaknya tidak segan untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan pembedahan plastik.

Terbaru pada 3 Oktober, Kyu-hyun telah tampil sebagai tetamu dalam program SBS “Dolsing Fourmen”.

Dalam siaran itu, pengacara Lee Sang-min bertanya kepada ahli Super Junior tersebut,

Adakah awak terkenal di sekolah?

Respon penyanyi itu dengan mendedahkan bahawa dia telah melakukan pembedahan plastik di bahagian matanya,

Saya tidak mempunyai kelopak mata berganda pada masa itu. Saya hanya mempunyainya selepas debut kerana syarikat meminta saya melakukan pembedahan.

image is not available

Sambungnya lagi,

Sesetengah orang memanggil saya ‘raksasa pembedahan plastik’. Saya hanya membuatnya di bahagian mata saya. Memanggil saya sebegitu adalah keterlaluan.

Sebelum pembedahan pun Kyu-hyun dah nampak kacak la.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.