Skuad boling padang lakar kejayaan cemerlang

StartupSports
4 Dec 2019 • 1:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SKUAD boling padang negara menamatkan kempen Sukan SEA ke-30 di Filipina dengan kejayaan gemilang selepas mencatat empat pingat emas dan dua gangsa dalam acara berkenaan yang melabuhkan tirai di CDC Lot of Friendship Gate New Clark City di sini hari ini.

Pada aksi terakhir acara berkenaan, Malaysia berjaya menambah satu pingat emas dan satu pingat gangsa, masing-masing menerusi acara men's fours dan women's triples.

Emas tunggal negara disumbangkan menerusi gandingan Muhammad Idham Amin, Daeng Dhadyry Dahasry, Zulhilmie Redzuan dan Fairul Izwan Abd Muin yang mencatat kemenangan selesa 24-6 ke atas Brunei selepas 13 ends.

Trio wanita negara yang dibarisi Auni Fathiah Kamis, Zuraini Khalid dan Azlina Arshad pula menyumbang pingat gangsa setelah menewaskan pasukan Brunei menerusi kemenangan 17-15 pada aksi penentuan pingat gangsa yang melibatkan 17 ends, manakala pingat emas diraih Singapura yang mengatasi Filipina dengan keputusan 16-13 pada aksi final.

Sebagai rekod, Malaysia sebelum ini meraih tiga emas dalam acara men's triples, women's pairs dan women's fours, selain satu gangsa dalam acara men's pairs. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved