Google Photos 4.24 Memperlihatkan Rekaan Baharu Buat Panel Data EXIF Dan Menu

TechnologyDigital
12 Sep 2019 • 4:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Photos adalah aplikasi album gambar daripada Google. Ia juga berfungsi sebagai perkhidmatan storan awan, agar pengguna boleh membuat sandaran foto dan video ke awan dengan menggunakan storan dari Google Drive.

image is not available

Terkini, dalam Google Photos 4.24 antaramuka bagi panel butiran gambar (EXIF) telah berubah. Ia menggabungkan sekali dengan ikon-ikon fungsi dari menu tiga titik yang sebelum ini berada di bahagian sisi atas kanan. Untuk melihat panel baharu ini, pengguna hanya perlu tatal ke atas dalam sesuatu foto. Ikon-ikon fungsi dari menu tiga titik kini mendatar dan perlu ditatal dari kanan ke kiri, pengepala (header) panel ini pula adalah masa, tarikh dan butiran imej dan format paparan data-data EXIF kekal sama.

image is not available

Perubahan ini dilihat berlaku secara bahagian pelayan. Google Photos 4.24 pada peranti Pixel 3a XL saya dilihat masih tidak menerima panel baharu ini, tetapi iPhone XS saya sudah dikemaskini dengannya.

Muat Turun Google Photos Untuk iOS Di Sini

Muat Turun Google Photos Untuk Android Di Sini