Tenaga Nasional Akan Memasang 100 Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik Menjelang Akhir Tahun

TechnologyDigital
11 Oct 2019 • 12:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tenaga Nasional, melalui anak syarikatnya, TNB Energy Services Sdn Bhd (TNBES), bersama-sama dengan Malaysia Green Technology Corporation (MGTC) dilaporkan akan memasang 100 stesen pengecasan kenderaan elektrik menjelang hujung tahun ini.

Ini bukanlah sesuatu yang baru. Sehingga kini, TNBES dan MGTC sudahpun memasang 14 stesen pengecasan ChargEV, dan sedang menunggu kebenaran untuk memasang 35 lagi stesen pengecasan tersebut. Setakat ini, terdapat lebih dari 200 stesen pengecasan ChargEV di Semenanjung Malaysia.

TNBES dan MGTC dilaporkan melabur sebanyak RM1.5 juta untuk projek ini, dan kini sedang dalam fasa persiapan untuk mengesahkan penubuhan syarikat gabungan yang bernama Tenaga E Mobility Solutions Sdn Bhd yang akan memfokuskan bisnes pengecasan kenderaan elektrik dan kenderaan pintar.