La Liga: El Clasico gamit pemain baharu

FootballSports
25 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: La Liga: El Clasico gamit pemain baharu

BARCELONA – Debaran menjelang El Clasico bukan hanya dirasai penyokong, malah turut membakar semangat kelompok pemain baharu yang menganggap pertembungan Barcelona dan Real Madrid sebagai pentas impian untuk mencipta nama.

Aksi di Camp Nou pada awal pagi esok itu dijangka menyaksikan sehingga 14 pemain membuat penampilan pertama dalam pertembungan derbi terbesar bola sepak antarabangsa itu.

Penyerang baharu Barcelona, Gabriel Jesus yang berhijrah dari Arsenal pada jendela perpindahan lepas mengakui tiada aksi yang layak untuk dibandingkan dengan El Clasico.

“Barcelona menentang Real adalah perlawanan kelab terbesar di dunia. Sudah menjadi impian semua pemain untuk beraksi dalam El Clasico dan saya tidak sabar untuk buat penampilan kali pertama.

“Ini adalah impian saya sejak kecil dengan menyarung jersi Barcelona dan cita-cita itu termasuk bermain dalam El Clasico,” katanya.

Selain Jesus, pemain akademi Barcelona, Xavi Espart juga berpeluang merasai pengalaman pertama dalam pertembungan epik itu dalam misi melebarkan lagi kedudukan carta selaku pendahulu La Liga.

Espart menegaskan Barcelona tidak akan berkompromi dalam usaha memburu kemenangan, lebih-lebih lagi peluang untuk melebarkan jurang dengan Real Madrid kepada sembilan mata.

“Secara jujur, saya jangka ia akan jadi pertembungan yang epik. Kami sedia memberikan segala-galanya di atas padangan kerana ini aksi El Clasico.

“Semua pemain perlu memberikan sepenuh jiwa kerana inilah peluang untuk melebarkan jurang mata,” katanya. – AGENSI

 

The post La Liga: El Clasico gamit pemain baharu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved