La Liga: Raphinha cetus sensasi luar biasa

FootballSports
21 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: La Liga: Raphinha cetus sensasi luar biasa

SEVILLE – Hatrik Raphinha berjaya menjulang kemenangan 3-1 Barcelona ke atas Sevilla pada aksi La Liga di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, awal pagi semalam.

Persembahan luar biasa itu melengkapkan detik terbaik buat bintang dari Brazil berkenaan, kini mengesahkan hatrik buat kali kedua berturut-turut selepas turut melakukannya ketika membelasah Racing Santander 7-2, Khamis lalu.

Pengurus Barcelona, Hansi Flick gembira dengan kemampuan Raphinha menyesuaikan diri dengan peranan baharu untuk berada posisi yang dimainkan sekarang.

“Raphinha sedang berada pada kemuncak prestasi dan kami juga pastinya tahu kualiti yang dia ada. Dia adalah pemain yang cukup berkaliber dan dinamik, jadi kami cukup gembira dengannya.

“Keputusan untuk memainkkannya di posisi penyerang sebagai pemain nombor 9 adalah dibuat oleh barisan kejurulatihan dan nyata dia juga begitu gembira untuk bermain di posisi itu,” katanya.

Selepas tujuh perlawanan, Raphinha kini sudah pun merekodkan 12 gol untuk mendahului carta penjaring terbanyak La Liga, berkelebihan lima gol berbanding Sergio Camello, Kylian Mbappe dan Lamine Yamal.

Flick juga menjelaskan keputusan kelab untuk mengekalkan khidmat Raphinha adalah tindakan tepat kerana menganggap pemain itu adalah watak penting kepada pasukan dan mampu berperanan sebagai kapten terbaik. AGENSI

The post La Liga: Raphinha cetus sensasi luar biasa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved