La Roja waspada ancaman England

12 Jul 2024 • 10:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemain Sepanyol menjalani latihan menjelang perlawanan akhir Euro 2024 menentang England. - Foto: AFP

PENGENDALI Sepanyol Luis de la Fuente memberi amaran tentang ancaman boleh diwujudkan oleh England pada perlawanan akhir Euro 2024 pada awal pagi Isnin di Berlin.

Walaupun mengakui pasukannya lebih baik pada kejohanan itu setakat ini, de la Fuente mahu para pemainnya tampil dengan aksi yang lebih berkualiti tinggi bagi membawa pulang kejuaraan Euro ke Sepanyol.

Kedua-dua negara telah mengalami perjalanan berbeza ke final dengan Sepanyol memenangi kesemua enam perlawanan mereka termasuk ke atas Croatia, Itali, tuan rumah Jerman dan Perancis.

England pula dikritik kerana persembahan mereka di peringkat kumpulan dan kemenangan mereka ke atas Belanda hanyalah yang kedua dalam tempoh 90 minit di pusingan akhir selepas memerlukan masa tambahan untuk menyingkirkan Slovakia dan penalti menentang Switzerland.

"Sebelum memulakan kejohanan, England dan Perancis pasti menjadi pilihan, begitu juga Jerman kerana mereka bermain di tempat sendiri.

"Kami mempunyai peluang selepas menang menentang pasukan pilihan dan kini kami mempunyai satu lagi perlawanan besar.

"Mungkin Sepanyol telah menawarkan versi yang lebih baik setakat ini berbanding England, tetapi itu tidak akan mempengaruhi permainan sekali sahaja.

"England mempunyai pemain berkualiti yang boleh muncul pada bila-bila masa. Kami menentang pasukan yang benar-benar kuat yang penuh pengalaman, bukan sahaja dari segi pasukan kebangsaan, tetapi di peringkat kelab juga. Ia akan menjadi sukar.

"Tetapi kami menantikan perlawanan ini kerana kami mahu terus berkembang. Kumpulan pemain ini akan terus berjuang untuk mencuba dan memenangi trofi," katanya.

Ia merupakan kali pertama Sepanyol menentang England dalam kejohanan besar sejak Euro 1996, apabila kedua-dua pasukan bertemu pada suku akhir di Wembley dengan Three Lions mara menerusi penentuan sepakan penalti.

Pertemuan terakhir membabitkan kedua-dua pasukan adalah pada 2018, apabila dua gol daripada Raheem Sterling dan satu daripada Marcus Rashford membantu England menewaskan Sepanyol 3-2 dalam Liga Negara-Negara UEFA di Seville.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved