Labu seberat lebih 1.3 tan pecah rekod dunia

7 Oct 2026 • 9:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Labu seberat lebih 1.3 tan pecah rekod dunia

LONDON – Seorang petani mencipta sejarah apabila berjaya memecahkan rekod Guinness World Records  selepas berjaya menghasilkan sebuah labu gergasi seberat 1,295.8 kilogram (kg) dalam satu pertandingan menimbang sayur-sayuran gergasi berhampiran Reading di Berkshire, Britain, lapor stesen penyiaran BBC.

Petani berkenaan, Ian Paton, 65, menamakan labu luar biasa itu sebagai Bagheera. 

Selain beratnya yang mencecah 1.3 tan, labu gergasi tersebut turut mencatatkan ukur lilit melebihi enam meter.

Kejayaan itu disahkan secara rasmi oleh hakim Guinness World Records, Sebastian Suski.

Menurut Paton dari Lymington, Hampshire, usaha menanam dan menjaga labu berkenaan bukanlah satu tugas yang mudah apabila dia perlu meluangkan masa sehingga enam jam sehari dan membekalkan kira-kira 130 gelen air setiap hari.

“Ia memang satu kerja yang sangat berat,” katanya yang telah berkecimpung dalam penanaman labu gergasi bersama saudara kembarnya, Stuart, selama lebih 50 tahun.

Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama beliau menyertai pertandingan berkenaan secara bersendirian.

Bagheera kini dipamerkan di ladang Sunnyfields berhampiran Southampton untuk tempoh beberapa minggu. 

Jelas Paton, selepas tempoh pameran berakhir, labu gergasi tersebut tidak akan dibazirkan sebaliknya bakal dijadikan sebagai makanan ternakan lembu. – AGENSI

 

The post Labu seberat lebih 1.3 tan pecah rekod dunia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved