Geng Mat Tok aktif pecah rumah dan larikan kenderaan tumpas

17 Sep 2026 • 6:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Geng Mat Tok aktif pecah rumah dan larikan kenderaan tumpas

SUNGAI PETANI: Polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali sebagai Geng Mat Tok yang aktif melakukan pecah rumah dan melarikan kenderaan susulan penahanan empat lelaki, baru-baru ini.

Kesemua suspek berumur antara 28 hingga 40 tahun didapati mempunyai beberapa rekod jenayah dan dadah selain keputusan saringan air kencing positif dadah semasa ditahan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya yakin dapat menyelesaikan sembilan kes pecah rumah dan curi kenderaan sejak mereka dipercayai aktif bermula April lalu.

“Polis menemui pelbagai barangan dipercayai hasil daripada kegiatan mereka antaranya sebuah motosikal, satu set dron, kamera, mesin basuh, satu set rim kenderaan, tiga utas jam tangan, satu unit komponen speaker dan lima helai pakaian berjenama.

“Anggaran barang rampasan itu sebanyak RM30,000 dan kita meminta mangsa yang terlibat untuk tampil mengenal pasti barangan mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini hari ini.

Menurut Hanyan, modus operandi kumpulan itu adalah menyasarkan rumah yang tiada penghuni, selain terdapat kereta dan motosikal berjenama sebelum dipecah masuk.

“Suspek melarikan barangan berharga bersama kenderaan sebelum bertindak menjualnya secara murah kepada pembeli dan kita sedang memburu dua lagi lelaki untuk membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kesemua suspek kini direman sehingga Ahad untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

The post Geng Mat Tok aktif pecah rumah dan larikan kenderaan tumpas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved