‘Ladum’ cara penduduk Tongod halau gajah liar tanpa guna kekerasan

24 Aug 2023 • 4:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TONGOD: Kaedah meletupkan ‘ladum’ ternyata boleh menghalau dan mengejutkan kumpulan gajah liar yang sering mengancam tanaman penduduk, menurut wakil rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Ladum sejenis alat tradisional yang diperbuat dari bekas tin terbuang dicentum dan dibentuk seperti mariam buluh boleh diletupkan menggunakan cacair spirit.

Masiung yang mencuba sendiri ladum dalam lawatan sehari ke kampung itu, pada Sabtu mahukan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Kinabatangan menjadi mentor kepada komuditi pekebun kecil yang terancam dengan gajah liar.

Terdahulu beliau diberi taklimat oleh pegawai JHL Kinabatangan, Puan Sylvia Alsisto, mengenai penubuhan komuniti pekebun kecil dinamakan ‘Aki Keramuk’ yang bertindak menghalau kumpulan gajah liar daripada mengancam kebun sawit penduduk menggunakan kaedah Ladum.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Saya telah membawa isu mengenai masalah gajah liar yang telah banyak memusnahkan kebun-kebun sawit milik penduduk di daerah Tongod ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) namun belum ada tindakan diambil setakat ini,” katanya.

Masiung kemudian meluluskan RM10 ,000 untuk membina sebuah pusat komuniti Aki Keramuak di kampung berkenaan.

Katanya, pegawai JHL akan melatih kumpulan pekebun kecil sawit supaya mereka mahir dalam kaedah menghalau binatang liar itu tanpa menggunakan kekerasan.

“Salah satu cara penduduk menghalau kumpulan gajah ialah meletupkan ladum apabila binatang itu memasuki kebun sawit mereka.

“Saya telah meminta JHL menubuhkan lebih banyak team (pasukan) di setiap kampung yang sering kali menjadi ancaman binatang berkenaan,” tambah Masiung.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.