Lafaz Akad Nikah Didakwa Tidak Sah Sebab Terhenti Seketika, Luna Maya & Suami Beri Penjelasan

Entertainment
19 May 2025 • 1:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya dan suaminya, Maxime Bouttier tampil menjelaskan dakwaan yang mengatakan pernikahan mereka yang berlangsung di Bali pada 7 Mei lalu tidak sah.

Mereka dikritik berikutan tularnya rakaman video majlis akad nikah di media sosial. Ia memperlihatkan terdapat jeda (terhenti seketika) ketika Maxime ingin melafazkan ijab kabul di hadapan wali nikah iaitu abang kandung Luna sendiri, Tipi Jibrik.

Disebabkan itu, segelintir netizen dan pemerhati agama berkata, jika berlakunya jeda, ia dianggap tidak memenuhi syarat sah akad nikah dalam Islam.

Namun begitu, pihak Majlis Ulama Indonesia (MUI) serta beberapa tokoh agama telah tampil memberikan respon bahawa keadaan tersebut masih dalam kategori wajar dan tidak membatalkan akad berkenaan.

Malah, Luna juga tampil memberikan penjelasan terhadap perkara tersebut. Dia faham mengapa perkara itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan warganet.

image is not available

“Memang ada jeda beberapa saat sebelum Maxime melafazkan kabul. Ramai memperkatakan soal ini kerana dalam ijab kabul dikatakan tidak boleh ada sela masa.”

Jelasnya, ramai yang keliru tentang maksud sebenar jeda itu sama ada disebabkan gugur, berfikir atau hilang fokus seketika.

Dalam pada itu, tuan empunya badan, Maxime mengaku bahawa dirinya gementar ketika proses itu berlangsung namun tetap malafazkan kabul selepas menarik nafas dalam-dalam.

“Saya hanya gementar, itu sahaja. Nafas pun cuma sekali.”

Luna juga turut menegaskan bahawa jeda itu berlaku kira-kira dalam 2 sata dan ianya berlaku disebabkan emosi serta tekanan semasa majlis berlangsung.

image is not available

“Saya rasa ramai pernah alami momen sebegitu ketika ijab kabul. Tambahan pula, banyak ulama sudah beri penjelasan bahawa jeda seperti itu adalah sesuatu yang normal.”

Jelasnya, biarpun pendek, detik tersebut menjadi pengalaman yang begitu emosi dan takkan dilupakannya.

Sumber : Media Hiburan

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.