Lagak Gaya ‘Samseng Jalanan’, Tular Rakaman Dashcam Di Jalan Tabuan TT3

26 Feb 2023 • 9:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki tersebut tidak puas hati lalu bertindak untuk menahan kenderaan wanita tersebut

Lagak Gaya ‘Samseng Jalanan’, Tular Rakaman Dashcam Di Jalan Tabuan TT3. Sebuah video yang sempat dirakaman dashcam memaparkan lagak samseng dari pengguna motosikal di jalan raya di Tabuan baru-baru ini.

Dalam rakaman video tersebut, seorang lelaki bermotosikal lagak samseng telah bertindak untuk menahan kenderaan wanita tersebut dan menjadi punca jalan sesak di belakang kawasan Jalan TT3, Tabuan.

image is not available
Lagak Gaya ‘Samseng Jalanan’, Tular Rakaman Dashcam Di Jalan Tabuan TT3. Sumber: Facebook

Lelaki tersebut juga tidak memakai topi keledar

Menerusi kongsian video di laman Facebook, insiden itu berlaku kira-kira jam 3 petang semalam. Wanita tersebut sedang memandu keretanya lalu hampir melanggar ketika lelaki tersebut tiba-tiba muncul di sebelah kenderaannya.

Dipercayai berpunca dari tidak puas hati, lelaki tersebut bertindak menghalang jalan wanita tersebut sebelum simpang masuk bulatan Setia Raja.

image is not available
Sumber: Facebook

Netizen tuntut agar lelaki tersebut diambil tindakan oleh pihak berkuasa

“Nasib baik harini dashcam berfungsi dan sempat rakam dari mula dia kacau sampai dia lari. Road bullying is real guys. Hati-hati guys terutama perempuan di luar sana. Jalan kawasan TT3”

Kejadian tersebut dirakam dashcam wanita ini dan telah menjadi tumpuan netizen. Video tersebut telah raih sebanyak 19K kali tontonan dan 535 kongsi di laman Facebook. Rata-rata netizen turut geram dengan lagak penunggang motosikal tersebut dan menuntut agar lelaki tersebut diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

image is not available
Sumber: Facebook

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: