Hantar McD Sampai Ke Puncak Gunung Kinabalu, Video TikTok Abang FoodPanda Ini Buat Netizen Terhibur

Local
25 Feb 2023 • 11:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laju je abang Panda ni lari turun dari Puncak Gunung Kinabalu.

Hantar McD Sampai Ke Puncak Gunung Kinabalu, Video TikTok Abang FoodPanda Ini Buat Netizen Terhibur. Tular sebuah video di TikTok seorang lelaki yang memakai pakaian lengkap siap ada FoodPanda berlari turun dari Gunung Kinabalu baru-baru ini telah membuat ramai netizen terhibur.

Video berkenaan mencecah 2.6 juta tontonan (setakat artikel ini ditulis) dan dimuat naik oleh seorang pengguna di TikTok iaitu @aameewa.

image is not available
Hantar McD Sampai Ke Puncak Gunung Kinabalu, Video TikTok Abang FoodPanda Ini Buat Netizen Terhibur. Gambar tangkap layar dari TikTok @aameewa

Lari laju turun dari puncak Gunung Kinabalu

Dalam video berkenaan, @aameewa berkata, ‘terima kasih abang panda hantarkan McD dari puncak Tawau ke puncak Kinabalu’, sambil menunjukkan video abang FoodPanda tersebut berlari laju turun dari puncak Gunung Kinabalu.

Di ruangan komen pula, netizen rata-ratanya terhibur melihat gelagat abang FoodPanda yang sampai ke puncak Gunung Kinabalu tersebut.

Baca komen netizen di sini:

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @aameewa

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @aameewa

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @aameewa

Ramai netizen yang tertanya-tanya, betulkah ada penghantaran makanan sampai ke puncak Gunung Kinabalu? Rupanya abang FoodPanda tersebut telah membalas video tularnya itu dan mengatakan dia memang merupakan rider FoodPanda namun dia bukan menghantar makanan ke Puncak Gunung Kinabalu.

image is not available
Gambar tangkap layar dari TikTok @nasirsabara94

Penjelasan Abang FoodPanda lari turun dari puncak Gunung Kinabalu

Abang FoodPanda di TikToknya, @nasirsabara94 berkata bahawa dia memang tengah mendaki gunung Kinabalu pada waktu tersebut. Dia membawa sekali baju kerjanya itu hanya untuk bergambar sahaja!

Jadi jangan anda salah faham pula, kalau anda sampai ke puncak Gunung Kinabalu nanti anda jangan mengharapkan ada FoodPanda pula untuk anda ye.

Apapun, memang respectlah dengan abang FoodPanda ni, stamina abang berlari turun dari puncak Gunung Kinabalu memang hebat!

Lagi cerita menarik buat anda di sini:

View Original Article