“Lagi Affordable Sambal KA!” – Akak ‘Telur Dadar RM13’ Tular Lagi, Pes Tom Yam Naik RM4 Lepas Ada Sticker

3 Sep 2023 • 5:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kalau sebelum ini kecoh menjual telur dadar RM13, kali ini sekali lagi ahli perniagaan tersebut menjadi perhatian tentang harga jualan makanan selepas tular di Twitter mengenai pes tom yam yang dijual olehnya.

Difahamkan dari ciapan itu, pes tom yam yang dijual bakal naik harga sebanyak RM4 selepas botol berkenaan ditampal dengan pelekat jenamanya.

Usahawan wanita bernama Dania tersebut menjelaskan alasan harga pes tom yang dijual naik harga.

Dia berkata pes tom yam itu dinaikkan harga sebanyak RM4 selepas ditampal sticker kerana waktu bekerja stafnya menjadi panjang susulan perlu menampal pelakat tersebut secara manual.

Bahkan, Dania berkata harga pes tom yam itu dinaikkan juga kerana mengambil kira kos marketing.

image is not available

image is not available

Biarpun membuat video penjelasan kenaikkan harga sebotol pes tom yam itu, rata-rata netizen tetap tidak berpuas hati dengan penerangan wanita terbabit yang dianggap tidak munasabah.

image is not available 5 days ago

"Rasa Mahal Tak Payah Makan" - Tak Lingkup Lepas Dikecam Telur Dadar RM13, Wanita Syukur Perniagaan Makin Laku