“Saya tak marah” – Peniaga Dedah Menu Telur Dadar RM13 Laku Keras, Terjual 200 Set Sehari!

Entertainment
30 Aug 2023 • 3:33 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah restoran menjual telur dadar versi premium berharga RM13 dan perkara tersebut telah mendapat kritikan hebat netizen.

Penjual tersebut bagaimanapun telah tampil menjelaskan sebab di sebalik harga itu, namun begitu, masih ramai yang memberikan kecaman hebat sehingga menjadi buat mulut netizen di beberapa platform media sosial.

Susulan itu, peniaga Dania Sedek menyatakan bahawa dirinya tidak terkesan dengan segala kutukan dan hinaan yang diberikan oleh segelintir pihak kepadanya.

 

“Semoga ia menjadi punca rezeki peniaga lain. Terutama peniaga yang mengutuk, mengejek & menganjing buat video”

image is not available

Malah, Dania turut menjelaskan bahawa semalam, sebanyak 200 set telur dadarnya itu telah berjaya dijual, dia juga berharap agar menu telur dadar Thai yang dibuatnya itu bakal menjadi punca rezeki peniaga lain, terutamanya mana-mana peniaga yang menyindir dirinya.

200 Set Telur Sold Out today. Terima Kasih Allah Ya Allah, rezeki semua pejuang Niase. Semoga asbab Thai Omelette Niase, menjadi punca rezeki peniaga lain. Terutama peniaga yang mengutuk mengejek & menganjing buat video. Semoga Allah limpahkan.”

Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak marah dengan apa yang berlaku tetapi berasa kasihan dengan golongan yang dia labelkan sebagai ‘tak tentu hala’ dek kerana menu telur dadarnya itu.

Malah, menjengah ke ruangan komen, ramai individu yang tampil menyokong dirinya dan ada yang anggap harga tersebut masih masuk akal jika dikira menu dalamannya.

image is not available image is not available

Ada yang dah pernah try telur dadar ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.