
PASUKAN Tiger FC meneruskan jelajah mereka mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan Sandakan Mix FC di padang ragbi Sukma A, Kota Kinabalu baru-baru ini.
Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Tiger FC Abdul Harris Amat, siri jelajah ke-3 itu adalah bagi memilih pemain mewakili pasukan itu menghadapi kejohanan akan datang.
AdvertisementHarris berterima kasih kepada Sandakan Mix FC atas perlawanan itu dan berkata selain menimba pengalaman, ianya bertujuan merapatkan hubungan melalui aktiviti sukan antara kedua pasukan.
Kelihatan pemain kedua-dua pasukan bertukar cenderahati sebelum perlawanan dimulakan.

