Lagi Butiran Produk Sonos Baharu Tertiris

TechnologyDigital
9 May 2024 • 11:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sonos Ace adalah antara produk yang dinanti-nantikan kerana ia merupakan set fon kepala pertama Sonos. Berdasarkan rekaan yang tertiris, Sonos mengambil Apple AirPods Max sebagai inspirasi. Sonos Roam 2 turut akan dilancarkan sebagai speaker mudah alih generasi kedua untuk mereka yang tidak gemar menggunakan fon kepala atau fon telinga.

image is not available

Butiran baharu Sonos Ace yang tertiris, sumber menyatakan Sonos yakin mereka telah berjaya membangunkan teknologi mod tembus bunyi dan pembatalan hingar terbaik dalam industri. Ace turut boleh disambungkan bersama soundbar Sonos untuk sokongan audio spatial Dolby, boleh memainkan audio nirhilang melalui Bluetooth, dan menyokong penjejakan kepala. Paling menarik adalah cawan telinga magnetik untuk mudah tukar sama seperti AirPods Max.

image is not available