
TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy mencadangkan syarikat penerbangan memperbanyakkan lagi kekerapan penerbangan domestik dan luar di negeri ini, serta mengambil kira perjalanan dua hala.
Beliau percaya kaedah tersebut boleh mengawal harga tiket daripada terus melambung naik setiap kali musim perayaan tiba di negara ini.
“Sekiranya masa penerbangan diperbanyakkan, misalnya Kuala Lumpur - Tawau - Kuala Lumpur, sudah pasti harga tiket akan turun… Ketika ini penerbangan kurang dan apabila (tempat duduk) sudah penuh, harga tiket menjadi mahal,” katanya.

![“Rasa susah jadi orang Sabah di Semenanjung” – [VIDEO] Wanita Menangis Tiket Flight Terlampau Mahal](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
