
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu sering kali dinasihatkan agar sentiasa berbuat baik sesama manusia dan hidupan lain seperti haiwan.
Bila sebut tentang berbuat baik dengan haiwan, antara cara yang biasa dilakukan oleh orang ramai adalah dengan memberi makan.
Namun tahukah anda, tidak semua haiwan boleh diperlakukan sebegitu rupa malah ia sebenarnya boleh mendatangkan bahaya?
Individu Tidak Bertanggungjawab Letak Buah-Buahan Tepi Jalan Untuk Bagi Gajah Makan
Semalam (27 Mei) kecoh di media sosial luahan seoang lelaki mengenai sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengguna Jalan Raya Timur-Barat (JRTB).
Menerusi hantaran di Facebook miliknya, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Amir Faizal itu meluahkan rasa geram gara-gara sikap individu yang meletakkan buah-buahan di tepi jalan raya.
Difahamkan, buah-buahan itu diletakkan sebagai makanan khusus untuk haiwan liar seperti gajah.
Sedia Makanan Untuk Gajah Berisiko Buat Gajah Mengamuk
Jelas Mohd Amir yang merupakan Sukarelawan Skuad Sungai Petani Response Team, tindakan sebegitu berisiko menyebabkan haiwan itu mengamuk sekiranya tiada makanan yang diberikan selepas ini.
Dek kerana risau dengan keadaan tersebut, dia turut meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat kepadanya perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Difahamkan, buah-buahan yang terdiri daripada pisang dan mangga itu diletakkan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran ladang rakyat di Damai Resort, Batu Melintang, Jeli, Kelantan.
“Hampa (korang) nak buat macam kat negara luar ke? Gajah dok mai (datang) tunggu kat tepi jalan lepas tu bagi makan.
“Jangan jadi bod*h boleh dak? Bila gajah mengamuk sebab tak ada makan, mula lah nak suruh jabatan atau agensi ambil tindakan kepada gajah tu.
“Lagi orang larang, lagi dia buat. Pagi ni (27 Mei) pun ada lagi kes letak buah di jalan raya Gerik Jeli berhampiran dengan ladang rakyat di Damai Resort Batu Melintang Jeli.
“Boleh katakan setiap hari ada orang datang letak buah-buahan kat tepi jalan. Konon nak tunjuk baik la tu dengan letak makanan untuk bagi gajah makan.
“Ini tindakan bod*h yang amat sangat. Bila gajah dah biasa ada orang bagi makan,dia akan datang tunggu dekat tepi jalan.
“Jadi inilah yang pencinta haiwan hendakkan kan?” tulisnya.
HAMPA MEMANG BODOH DAN BODOH….. HAMPA NAK BUAT MACAM KAT NEGARA LUAR KA,GAJAH DOK MAI TUNGGU KAT TEPI JALAN LEPAS TU…
Posted by Mohd Amir Faizal on Monday 26 May 2025
Dah Beri Teguran Berulang Kali, Serah Kepada Jabatan Perhilitan Untuk Tindakan Seterusnya
Dalam hantaran terbaharunya, lelaki berkenaan menjelaskan dia telah berulang kali memberi peringatan bahawa tindakan sebegitu boleh mengundang bahaya kepada pengguna lain.
Apatah lagi, jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, bantuan untuk tiba di laluan berkenaan mengambil masa yang lama.
Malah, dia telah menyerahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.
“Setiap perbuatan kita akan menyebabkan orang lain tanggung risiko. Ini bukan biasa-biasa punya risiko.
“Terbaharu, kes kereta dirosakkan oleh gajah. Agak-agak siapa yang nak tanggung. Jangan sampai ada yang hilang nyawa akibat tindakan kita.
“Lihatlah kalau dulu jarang ada kes seperti ini berlaku. Sekarang ini boleh katakan setiap hari ada kes gajah ganggu pengguna.
“Bila jadi begini, ada yang salah gajah dan ada yang salah penguat kuasa dan macam-macam.
“Saya harap lain kali nak lakukan sesuatu fikir sama baik buruknya. Benda ini bukan hal saya seorang. la melibatkan semua pengguna,” tulisnya lagi.
Ingat..jalan tu bukan senang nak dapat bantuan jika berlaku sebarang musibah…Kekadang Penyelamat ambil masa yg lama…
Posted by Mohd Amir Faizal on Tuesday 27 May 2025
Tiada Peruntukan Khusus Untuk Dikenakan Tindakan Terhadap Perbuatan Tersebut
Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff menjelaskan tiada peruntukan khusus untuk dikenakan tindakan terhadap individu terlibat.
“Tiada peruntukan dalam mana-mana akta, termasuk di bawah bidang kuasa Perhilitan, untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap individu yang meletakkan makanan untuk haiwan liar di JRTB.
“Apa yang kita boleh lakukan sekarang ialah pendekatan kesedaran melalui nasihat dan pemasangan papan tanda.
“Kita sedang mereka bentuk papan tanda larangan memberi makanan yang akan diletakkan di beberapa lokasi strategik sepanjang laluan tersebut,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Ramai Geram Dengan Tindakan Tidak Bertanggungjawab Individu
Perkongsian itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen, ramai yang bersependapat dengan Mohd Amir dan mengecam tindakan individu yang melonggokkan buah-buahan tepi jalan.
Malah, majoriti turut mempersoal tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit yang dilihat boleh mengundang bahaya kepada pengguna lain.
Ini antara komen menarik pengguna Facebook:
“Mereka Tak Tahu Ke Itu Hidupan Liar? Bukan Macam Bela Kucing Di Rumah. Risau Sebab Tindakan Pengguna Macam Ni Pengguna Jalan Raya Lain Yang Kena Amukan”

“Mereka Ni Nak Tunjuk Baik Tak Bertempat, Samalah Depan Rumah Saya Orang Selalu Letak Bagi Monyet Makan, Menyusahkan Kami Semua Sebab Monyet Akan Mengamuk”

“Kena Viralkan, Kumpulan Ini La Yang Buat Binatang Duduk Tepi Jalan, Otak Dekat Lutut”

Baca Artikel Berkaitan: Tular Halau Gajah Seperti Bercakap Dengan Manusia, Lelaki Kongsi Doa Yang Diamalkan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Gajah Mengamuk & Rosakkan Kereta Gara-Gara Rider Tidak Sabar Buat Ramai Geram [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kesian Nampak Macam Sedih” – Gajah Masuk Ke Kawasan Perumahan Di Kluang Buat Ramai Sayu [Video]
Source:

![“Ada Untung Ke?” – Ramai Terkejut Peniaga Jual Cendol Pulut Semangkuk RM1 [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![“Power”- Kanak-kanak Sertai Ironkids Buat Ramai Teruja & Rasa Tercabar [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

