
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui kebersihan merupakan antara aspek terpenting yang perlu dijaga oleh setiap individu. Bukan sahaja kebersihan diri, tetapi juga tempat tinggal masing-masing.
Pun begitu, masih ramai di kalangan masyarakat yang pengotor dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat dengan alasan tidak mempunyai masa untuk menjaga rumah.
Sebelum ini, seorang lelaki mendedahkan sikap penyewa yang hidup dalam keadaan rumah dipenuhi sampah menimbun. Bermula dari pintu masuk rumah, sehinggalah ke setiap ruangan bilik.
Malah dia juga menyifatkan mereka sebagai ‘penyewa dari lubang neraka’ kerana tidak sangka ada manusia yang pengotor sampai tahap begitu sekali.
Baca Artikel Berkaitan: “Penyewaku Dari Lubang Neraka” – Lelaki Stres Lihat Rumah Ditinggalkan Kotor Dengan Sampah Menimbun
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rumah Sewa Terlalu Kotor, Wanita Persoal Tuan Rumah Ambil Deposit Tapi Suruh Cuci Sendiri
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Hutan” – Lelaki Berang Rumah Ditinggalkan Dengan Longgokan Sampah & Sewa Tak Bayar
Lelaki Kongsi Pengalaman Baiki Singki Di Rumah Sewa Kotor
Terbaharu, tular satu hantaran di laman Facebook Nur Aqeesha apabila dia berkongsi kisah seorang lelaki bernama Shahrul semasa melawat rumah sewa kakaknya yang didiami oleh sekumpulan pelajar perempuan sebelum ini.
Menurut Shahrul, si kakak telah meminta pertolongannya untuk membaiki singki yang rosak di rumah terbabit. Menurut lelaki tersebut, dia berasa tidak sedap hati apabila sampai di kediaman itu bersama kakaknya.
“Aku tengok dekat luar banyak gila tisu dan kapas muka! Diorang ni main buang dekat tingkap je ke? Tapi aku cuba positif” tanya Shahrul.
Rumah Bau Hapak, Makanan Basi Dibiarkan Sahaja
Tidak lama kemudian, Shahrul meluahkan rasa terkejut dan tergamam selepas menjejakkan ke rumah itu. Menurutnya, bau rumah berkenaan sangat busuk. Bukan itu sahaja, lantai rumah juga berminyak seolah-olah sudah lama tidak dicuci.
“Ya ampun bau hapak macam sampai 100 hari tak buang (sampah)! Jalan depan sikit bau kasut yang sangat tengik! Aduh macam mana diorang boleh duduk rumah macam ni?” luahnya.

Menurut Shahrul, boleh dikatakan keseluruhan rumah berada dalam keadaan tidak terurus. Semasa membaiki singki, Shahrul berkata dia turut menjumpai sarang lipas. Kewujudan serangga perosak itu boleh juga disebabkan makanan rosak yang tidak dibuang oleh para penyewa.
“Aku tengok dapur diorang korang ya ampun. Dalam kuali ada bihun basi! Atas meja ada milo basi!
“(Penyewa) putih gebu, makeup seinci, hipster tapi perangai mak datuk puaka! Kenapa aku ckp puaka? Almari akak aku patah, katil patah, tingkap pecah, dinding penuh tebuk sampai retak. Bilik air kotor semua rosak,” tambahnya.
Lelaki Dakwa Tuala Wanita Penyewa Bersepah Di Dalam Rumah
Dakwa Shahrul, tuala dalam wanita juga diletakkan merata tempat di dalam rumah.
“Kau punya tuala wanita bersepah tu tak malu. Bra dan seluar dalam sangkut sana sini tak malu, seluar dalam putih yang kau sangkut dekat tingkap tu dah nak hitam, tolong la buang ya dik!” katanya.
Selepas melihat rumah dalam keadaan sebegitu rupa, kakak kepada Shahrul meminta penyewa-penyewa itu untuk membersihkan kediaman itu sebelum menghalau mereka dari sana.
Jelas kesemua penyewa, mereka tidak mempunyai masa untuk membersihkan kediaman sehingga menyebabkan ia dalam keadaan lintang-pukang.
Sejak kejadian tersebut, Shahrul mengambil pengajaran dengan tidak lagi menilai seseorang berdasarkan rupa sahaja. Rupa paras cantik tidak menjanjikan sikap dan akhlak yang baik.
Lihat hantaran penuh [DI SINI].
Ramai Kongsi Pengalaman Hadap Rumah Sewa Pengotor
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa geli membaca perkongsian Shahrul tentang rumah sewa yang begitu kotor.
“Allah… macam mana boleh duduk dalam rumah keadaan macam tu? Part tandas tu memang tak boleh berfikir langsung dah aku. Gosok gigi macam mana dengan tandas macam tu,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga sempat berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan individu pengotor sebelum ini.
“Tak dinafikan pernah alami situasi yang sama. Dekat luar bukan main depa makeup. Pakaian pun kalah artis. Tengok rumah, mak ai kotor! Tandas berkerak sanggup aku tahan tau. Tapi tak semua perempuan cantik tu kotor, ada je yang pembersih. Aku selalu pesan dekat anak, biar tak lawa yang penting bersih,” kata seorang wanita.
“Zaman belajar pernah jumpa macam ni. Penat tau jadi tukang cuci rumah. Kalau aku dengan rakan sebilik lain tak bersihkan, bersepah makanan basi dekat tingkat bawah. Dengan puntung rokok lagi,” tambah seorang lagi netizen.







Sumber: Facebook Nur Aqeesha
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Pemilik Rumah Terkejut Rumah Sewa Bau Tahi Kucing. Pengotornya!
Baca Artikel Berkaitan: Rakan Serumah Pengotor, Biar Mangkuk Tandas Berkerak. Terus ‘Insaf’ Lepas Viral
Baca Artikel Berkaitan: Kisah Housemate Letak Seluar Bernajis Dalam Mesin Basuh Buat Ramai Loya
Source:
