Lagi Dua Minggu Nak Mula, Sadio Mane Mungkin Terlepas Piala Dunia Selepas Cedera?

9 Nov 2022 • 7:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bintang Bayern Munich dan juga wira Senegal, Sadio Mane berkemungkinan terlepas peluang untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar 2022 yang dijadualkan berlangsung kurang dua minggu lagi, lapor portal berita sukan Perancis, L’EQUIPE .

Beliau sebelum ini terpaksa dibawah keluar akibat kecederaan ketika gergasi Bundesliga itu membelasah Weder Bremen, 6-1 untuk aksi liga, Selasa lepas.

Dengan temasya agung itu hanya berbaki 12 hari lagi sebelum bermula, kecederaan yang dialaminya itu dikatakan agak serius dan cukup untuk membuatkan beliau terlepas peluang mewakili negaranya.

Jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann dalam kenyataan selepas perlawanan berkata Mane berdepan kecederaan pada bahagian ”yang tidak menggembirakan”, ada kaitan dengan otot.

”Saya fikir, Mane perlu menjalani imbasan X-Ray, untuk melihat apa yang berlaku. Namun, saya berharap tiada yang serius berlaku. Buat masa ini, saya tidak boleh mengulas apa-apa,” katanya.

Sekiranya laporan tersebut benar, Mane menyertai senarai panjang nama-nama besar yang terlepas peluang untuk beraksi di Piala Dunia Qatar 2022 nanti.

Antara yang sudah disahkan tidak akan beraksi adalah Paul Pogba & Ngolo Kante untuk pasukan Perancis, Timo Werner (Jerman), Diogo Jota (Portugal), Georginio Wijnaldum (Belanda), Alexis Saelemaekers (Belgium), Diego Carlos & Arthur Melo (Brazil), Ben Chilwell & Reece James (England) serta Jesus ‘Tecatito’ Corona (Mexico).

Sumber: L’EQUIPE