Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung

LocalEnvironment
1 Jul 2026 • 10:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung

image.png

Satu klip video tular di media sosial yang menunjukkan seekor gajah  enggan meninggalkan anaknya yang mati selepas dilanggar sebuah Perodua Bezza di di Jalan Felda Nitar, Mersing, Johor Bahru, pagi tadi.

Ini kerana hubungan psikologi ibu gajah dan anaknya amat kuat bermula dari tempoh mengandung, penyusuan hingga kehidupan awal anak gajah.

Jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor yang mengesahkan kejadian itu berkata pihaknya menerima laporan kira-kira 8.30 pagi sebelum empat anggotanya dihantar ke lokasi bagi menjalankan siasatan awal.

Beliau berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati seekor anak gajah betina dianggarkan berusia lima tahun telah mati akibat pelanggaran tersebut, manakala seekor gajah dewasa dipercayai ibunya masih berada di kawasan kejadian.

"Siasatan turut mendapati kumpulan gajah berkenaan dikenal pasti daripada ID Jamaluang-Mersing.

"Anak gajah itu dikenal pasti sebagai gajah betina dengan ukuran panjang badan kira-kira 150 sentimeter, tidak mempunyai gading serta lebar tapak kaki hadapan 11 inci dan tapak kaki belakang 14 sentimeter,” katanya.

Jurucakap Perhilitan itu berkata, pasukan Unit Tangkapan Gajah daripada Pusat Santuari Gajah Johor (JES) turut membantu mengalihkan ibu gajah berkenaan ke dalam hutan, manakala bangkai anak gajah itu kemudian ditanam di kawasan berhampiran.

image.png

Beliau berkata, pihaknya akan melakukan rondaan malam ini dan esok bagi memastikan keselamatan ibu gajah berkenaan serta mengelakkan haiwan itu daripada kembali ke lokasi kejadian.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan seorang lelaki tersepit dan cedera pada kaki apabila kereta dipandunya terbabas dan terjatuh ke gaung sedalam lima meter akibat terlanggar seekor anak gajah.

Beliau berkata, sebelum ini, papan tanda amaran laluan gajah melintas juga telah dipasang di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut memandangkan ia agak gelap dan merupakan laluan gajah melintas.

Sumber SINAR HARIAN 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved