“Lagi Handsome” – Penampilan Berbeza Lee Dongwook Dalam Filem Terbaru Raih Perhatian

EntertainmentMovie
23 Jul 2024 • 1:32 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bukan sahaja pelakon berbakat, Lee Dong-wook juga sering mendapat perhatian kerana wajah tampannya.

Tak lama lagi, Lee Dong-wook akan menemui penonton menerusi filem baru berjudul “Harbin”, yang akan turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Hyun Bin, Jeon Yeo-been, Park Jung-min dan ramai lagi.

Menerusi video trailer yang dikongsi, netizen rata-rata terkejut melihat penampilan Lee Dong-wook dalam filem berkenaan, di mana dia tampil berbeza dari biasa.

Khususnya, lelaki itu dilihat mempunyai misai dan jambang, yang jarang dilihat sebelum ini. Komen netizen,

  • Saya akan tonton filem ini hanya sebab nak tengok Lee Dong-wook!!
  • Lee Dong-wook ada misai OMG
  • Dia nampak bertambah kacak bila ada misai dan jambang.
  • Saya harap dia akan kekalkan penampilan seperti ini.

Sementara itu, filem “Harbin” mengisahkan tentang pejuang kemerdekaan yang mempertaruhkan nyawa untuk menuntut semula tanah air mereka.

Bila je kan Lee Dong-wook tak handsome!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved