Lagi Jalan Mendap 50 Meter Dari Lokasi Tanah Jerlus Di Jalan Masjid India

LocalEnvironment
28 Aug 2024 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lagi mendapan baharu 50 meter dikesan dari lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Menurut laporan Astro Awani, mendapan baharu yang muncul malam tadi itu dianggarkan sebesar dua kaki, terbentuk kira-kira 50 meter dari lokasi insiden minggu lalu.

Setakat ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur masih belum sebarang kenyataan rasmi berhubung mendapan itu.

Namun, masih tidak jelas adakah ia berpunca daripada teknik 'jetting' yang digunakan bagi memecahkan objek keras yang berada dalam paip pembetungan di lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa dari India yang terjatuh ke dalam lubang sejak Jumaat lalu.

image is not available

Operasi mencari dan menyelamat Vijayaletchumy, 48, warganegara India yang hilang dalam insiden tanah jerlus Jumaat lalu, masuk hari keenam hari ini.