Tanah Jerlus Masjid India: Laluan Sekitar Jalan Masjid India Ditutup Kepada Semua Kenderaan

28 Aug 2024 • 6:10 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Laluan sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, ditutup kepada semua kenderaan hari ini.

Ditutup Kepada Semua Kenderaan

Ia berikutan satu lagi insiden tanah mendap di kawasan tersebut yang dilapor berlaku jam 2.30 pagi tadi susulan hujan lebat.

Tinjauan mendapati laluan sepanjang kira-kira 300 meter dipasang pita keselamatan, dengan anggota Rela bertugas bagi mengawal keadaan. 

Terdahulu, Astro AWANI melaporkan mendapan baharu berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden minggu lalu.

Kejadian pada Jumaat lalu itu menyebabkan seorang wanita warga India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.

Operasi mencari mangsa tanah jerlus masuk hari keenam hari ini.

Sumber: Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved