Lagi kejadian kereta terbabas masuk Sungai Langat, elak haiwan melintas

LocalCars
24 Jul 2026 • 12:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lagi kejadian kereta terbabas masuk Sungai Langat, elak haiwan melintas

KAJANG – Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila kereta dipandu terbabas dipercayai cuba mengelak haiwan melintas sebelum terjunam ke dalam Sungai Langat berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua, Hulu Langat di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 9.13 malam dan ketika kejadian lelaki berusia 56 tahun itu dalam perjalanan dari Sungai Congkak ke Nilai.

“Ketika melalui lokasi kejadian, mangsa mendakwa ternampak objek dipercayai haiwan melintas. Tindakan mengelak objek itu menyebabkan dia hilang kawalan sebelum kenderaan terbabas dan terjatuh ke dalam Sungai Langat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali kerosakan pada kenderaan.

“Kemalangan tidak melibatkan kenderaan lain dan kerosakan harta benda awam,” katanya yang memberitahu kes diklasifikasi sebagai laporan trafik biasa.

Naazron mengingatkan pengguna jalan raya agar lebih berwaspada ketika melalui laluan tersebut susulan kes dua kejadian serupa di kawasan berkenaan.

“Jika terlihat haiwan atau halangan atas jalan, pemandu hendaklah memperlahankan kenderaan secara berperingkat dan elakkan tindakan mengelak secara mengejut kerana boleh menyebabkan kenderaan hilang kawalan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa memandu secara berhemah dan mengutamakan aspek keselamatan demi melindungi diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. – KOSMO! ONLINE

The post Lagi kejadian kereta terbabas masuk Sungai Langat, elak haiwan melintas appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved