Lagi Kemalangan Ngeri Di Selangau, Kali Ini Seorang Maut Di Lokasi Kejadian

6 Jun 2023 • 10:15 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa

Lagi Kemalangan Ngeri Di Selangau, Kali Ini Seorang Maut Di Lokasi Kejadian. Semalam media sosial dihebohkan dengan kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dengan sebuah kenderaan jenis Kia Sportage hingga meragut nyawa 5 mangsa.

Pagi ini, satu lagi kemalangan jalan raya berlaku di laluan yang sama tidak jauh dari lokasi kemalangan yang meragut 5 nyawa semalam.

image is not available
Lagi Kemalangan Ngeri Di Selangau, Kali Ini Seorang Maut Di Lokasi Kejadian. Kredit: Facebook

Menerusi perkongsian di Facebook, kemalangan tersebut berlaku di lebuh raya Pan-Borneo Jalan Setapang – Selangau.

Lokasi berhampiran dengan kawasan kemalangan semalam

Kemalangan ngeri kali ini melibatkan sebuah treler dan sebuah kenderaan jenis Proton. Menurut sumber yang berada di situ memaklumkan kereta tersebut remuk kemungkinan dilanggar dari arah belakang.

image is not available

Difahamkan, kali ini seorang mangsa maut dilokasi kejadian manakala dua lagi cedera dalam kemalangan tersebut.

image is not available

Setakat ini identiti mangsa yang maut dan cedera masih lagi tidak diketahui.

Baca lagi artikel menarik:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved