‘Potret Gawai’ Jadi Kenangan Terakhir Buat Suami Mangsa Kemalangan Ngeri Di Selangau

6 Jun 2023 • 12:23 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Siapa sangka sekeping gambar mampu jadi kenangan terakhir buat si suami

‘Potret Gawai’ Jadi Kenangan Terakhir Buat Suami Mangsa Kemalangan Ngeri Di Selangau. Baru-baru ini berlakunya sebuah kemalangan jalan raya sehingga meragut 5 nyawa. Kanak-kanak berusia 2 tahun antara mangsa yang terkorban dalam kemalangan nahas ngeri tersebut.

Dilaporkan, kereta dipandu terlalu laju hingga hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh kenderaan lain dipercayai punca nahas yang mengorbankan lima nyawa di Jalan Sibu-Bintulu, Mukah semalam.

image is not available
‘Potret Gawai’ Jadi Kenangan Terakhir Buat Suami Mangsa Kemalangan Ngeri Di Selangau. Kredit: Facebook

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Kia bersama lima penumpang yang bergerak lurus dari arah Selangau menuju ke arah Sibu telah hilang kawalan lalu terbabas ke lorong bertentangan dan bertembung dengan kereta Myvi.

Takziah diucapkan.

Kanak-kanak 2 tahun itu dilaporkan menaiki Myvi bersama ibu dan bapanya. Namun, mangsa bersama ibunya dikatakan maut di lokasi kejadian.

image is not available

Manakala, si bapa cedera parah dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Difahamkan, beberapa hari sebelum kejadian ngeri ini berlaku, ‘keluarga kecil’ ini sempat menjalani sesi fotografi di sebuah studio sebagai potret kenang-kenangan Hari Gawai yang baru berlangsung beberapa hari lepas.

image is not available

Potret keluarga kecil ini mula tular di laman sosial apabila netizen mula berkongsi gambar-gambar studio mereka selepas kejadian itu berlaku.

Tambah memilukan, rata-rata netizen sedih mengenangkan nasib kanak-kanak tersebut.

Salam takziah kami ucapkan. Semoga suami dan bapa kepada bayi comel ini terus tabah menghadap ujian ini.

Baca lagi artikel menarik: