
Pihak pengurusan cawangan tersebut harus peka dalam hal begini
Lagi Kenderaan No Plat Asing Dilihat Isi Minyak RON95 Di Petronas Bintulu. Baru-baru ini, ada laporan yang mengatakan bahawa beberapa kenderaan yang mempunyai nombor plat asing telah mengisi minyak RON95 subsidi di stesen Petronas di Bintulu.
Kepada sesiapa yang tidak tahu, minyak RON95 di Malaysia adalah harga yang telah disubsidikan oleh kerajaan. Sebahagian besar harga sebenar minyak petrol RON95 adalah ditanggung oleh kerajaan dan sebab itulah ianya lebih murah berbanding RON97.

RON95 adalah minyak bersubsidi khas untuk rakyat Malaysia sahaja
Perkongsian gambar dari akaun Facebook ini telah tular dan menarik perhatian netizen. Perkongsian ini sekaligus memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya buat penjaga di kaunter stesen minyak untuk terus berwaspada.
Kongsian tersebut telah menarik perhatian netizen sekaligus mengundang amarah kerana telah ‘mencuri’ hak rakyat Malaysia sendiri.

Salurkan aduan menerusi platform KPDNHEP
Buat pengusaha stesen minyak, anda boleh dikenakan dan didakwa kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).
Perlanggaran ini boleh berdepan hukuman iaitu denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya, bagi individu, dan denda tidak melebihi RM2 juta untuk entiti atau syarikat.

Sekiranya anda ternampak kenderaan bernombor plat asing mengisi minyak petrol RON95 di stesen minyak, anda boleh menyalurkan aduan menerusi platform KPDNHEP seperti berikut:
e-Aduan KPDNHEP: https://e-aduan.kpdnhep.gov.my/
Whatsapp: +6019 2794317
Talian bebas tol: 1-800-886-800


