Pelancong UK Kena Scam, Dicaj RM120 Untuk Gunting Rambut Dengan Warga Asing

Entertainment
10 Apr 2023 • 4:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dapat dilihat ramai pelancong luar negara memilih Malaysia sebagai negara pilihan untuk dilawati menerusi content-content yang tular di media sosial sejak belakangan ini.

Tular satu perkongsian daripada pelancong asing yang menyatakan dirinya telah ditipu oleh seorang tukang gunting rambut di Bukit Bintang.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pelancong dari Filipina dan England ini telah dicaj sebanyak RM120 untuk potongan rambut biasa.

Mereka mengatakan kedai gunting rambut itu menawarkan servis menggunting rambut pada harga RM19 seperti yang tertera di luar kedai.

@zoeandczar_

What do you think? Do you also think 120 ringgit is far too much for a trim in a local barber shop in Kuala lumpur? First time this has happened to us in Malaysia #malaysia #kualalumpur #kualalumpurmalaysia #malaysiatiktok

♬ original sound – Zoe&Czar

Katanya, tukang gunting rambut itu dilihat peramah ketika berbual. Walau bagaimanapun, mereka terkejut apabila dikenakan caj RM120 selepas tukang gunting rambut itu mendapati mereka pelancong yang menetap di England.

Merasakan seperti ditipu, mereka bertanya kepada warga tempatan jika harga tersebut sememangnya mahal bagi mereka ataupun tidak.

“What do you think? Do you also think 120 ringgit is far too much for a trim in a local barber shop in Kuala Lumpur? First time this has happened to us in Malaysia,” tulisnya di kapsyen.

Dalam klip video itu juga, tukang gunting mendakwa harga yang tertera itu untuk warga tempatan kerana tidak membayar cukai. Namun, dia gagal menjawab apabila disoal kenapa cukai dikenakan kepala pelancong luar sahaja.

Perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian netizen, rata-ratanya memberi respon bahawa pelancong tersebut telah ditipu dan menyatakan harga servis menggunting rambut hanyalah sekitar RM15 hingga RM25 sahaja.

Ramai memberitahu bahawa tukang gunting rambut itu juga merupakan warga asing namun telah mengenakan caj mahal kepada pelancong UK tersebut.

image is not available

Dalam pada itu, netizen turut meminta mereka membuat laporan polis kerana harga yang dikenakan sangat tidak masuk akal.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.