Lagi Kereta Masuk Dalam Tasik, Wanita Maut, Anak Terselamat

LocalCars
21 Jul 2025 • 9:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam tasik berdekatan bulatan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kuching, Sarawak, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damataries Launtin berkata, mangsa dikenali sebagai Nur Shareefah Lusia Abdullah, 50, manakala anaknya, Nur Badrina Saharidan, 17, yang turut berada dalam kenderaan itu terselamat

"Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah motokar yang dipandu oleh mangsa sedang dalam perjalanan dari Desa Ilmu menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang menggunakan jalan dalam kawasan Unimas.

image is not available

"Sebaik tiba di kawasan tasik berdekatan bulatan Unimas, kenderaan terbabit dipercayai telah berhenti seketika di tepi jalan di atas kawasan rumput sebelum tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam tasik,” katanya.

Damataries berkata, Nur Shareefah Lusia disahkan meninggal dunia di Pusat Kesihatan Prima Unimas pada 11.51 pagi semasa menerima rawatan dan jenazah telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat manakala anaknya, yang juga orang kurang upaya, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved