Lagi kes bayi maut tertinggal dalam kereta

25 Oct 2023 • 4:26 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA TERENGGANU - Seorang bayi perempuan berusia setahun empat bulan ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam kereta di sebuah universiti awam di Kuala Nerus semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abd Rahim Md Din berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 4.30 petang selepas bayi terbabit dibawa ke pusat kesihatan pelajar di universiti berkenaan.  

“Dalam hal ini, bedah siasat telah dijalankan di hospital (Hospital Sultanah Nur Zahirah) malam tadi dan sebab kematian belum diperoleh kerana masih menunggu analisis makmal,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abd Rahim berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas bapa bayi terbabit terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak universiti berkenaan pada sebelah pagi.

Beliau berkata kertas siasatan berkaitan kejadian itu dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau juga menasihati masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa. - 25 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved