Lagi Kes Buli Di UPNM! Pelajar Senior Didakwa Pijak Belakang Hingga Tulang Rusuk Retak

LocalPolitics
10 Nov 2024 • 9:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Alamak, belum selesai kes pelajar tekap seterika dekat badan sehingga melecur. Nampaknya nama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menjadi sebutan lagi.

Terbaru, seorang pelajar junior parah akibat dipijak pelajar senior di universiti tersebut pada 21 Oktober lalu.

Kejadian berlaku waktu malam

image is not available
Kredit foto: Sinar Harian

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya menerima laporan kira-kira jam 8.40 malam pada 8 November lalu.

Siasatan mendapati dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu, mangsa yang merupakan pelajar tahun satu telah dipijak pelajar senior yang merupakan pelatih tahun tiga universiti berkenaan.

Kejadian berlaku ketika mangsa berada di tepi padang kawad universiti berkenaan setelah namanya selesai dipanggil.-Katanya

Budaya buli yang semakin parah!

Insiden ini telah mengakibatkan mangsa yang baru berumur 18 tahun itu mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.

Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur berhubung kecederaan yang dialami. Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.-Katanya

Kes juga masih di peringkat siasatan dan pihak polis mohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini.

#OhmediaNasihat

Budaya buli di UPNM semakin hari, semakin parah. Sudah tiba masanya pihak bertanggungjawab lakukan perubahan drastik untuk hentikan budaya yang tidak sihat ini.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian