Lagi Kes Buli, Kali Ini Pelajar UPNM Retak Tulang Rusuk Dipijak Senior

LocalPolitics
10 Nov 2024 • 8:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sekali lagi netizen dikejutkan lagi dengan kes buli melibatkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jika sebelum ini kes adalah berkaitan ditekap seterika, kali ini, seorang pelajar dilaporkan parah selepas dipijak senior pada 21 Oktober lalu.

Menurut laporan Malaysia Gazette, pelajar tersebut mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak pelatih tahun tiga universiti berkenaan.

image is not available
Rusdi mohd isa

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan pada pukul 8.40 malam pada 8 November lalu.

Tambahnya, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa berada di tepi padang kawad universiti berkenaan setelah namanya selesai dipanggil.

“Kini, mangsa sedang mendapatkan rawatan di hospital akibat kecederaan yang dialami.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.