Lagi Kes Buli Di UPNM, Senior Pij*k Junior Guna Kasut ‘Spike’

Entertainment
22 Nov 2024 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lagi pegawai kadet Akademi Latihan Kententeraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang remaja menggunakan kasut berduri (spike boot).

Mohd Adil Mat Awang Ghani, berusia 22 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim.

Mengikut pertuduhan, Mohd Adil didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Muhammad Haziq Iqbal, 19, dengan memijak perut mangsa menggunakan spike boot.

Menurut laporan The Star, kesalahan itu didakwa dilakukan di padang akademi latihan tentera di UPNM kira-kira jam 10.45 malam, 21 Okt lepas.

image is not available

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut meminta mahkamah mengenakan perintah supaya tertuduh tidak mendekati pengadu dalam kes itu.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dan sebutan kes ditetapkan 10 Februari 2025.

Sumber: The Star

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.