
Tular kes kecuaian pihak hospital terhadap bayi
Baru-baru ini, disebabkan kecuaian jururawat, seorang bayi berusia dua bulan dipercayai mengalami penderahan di bahagia otak dan retak tulang kepala di sebuah hospital di Johor Bahru.
Menurut sumber, perkara itu dimuat naik oleh seorang wanita di laman TikTok pada Rabu, yang mendakwa seorang jururawat di hospital berlaku cuai sehingga menyebabkan bayinya terjatuh lalu dimasukkan ke hospital.

Lahir tak cukup bulan dan ditahan di wad selama dua bulan
Dalam pada itu, wanita tersebut memaklumkan bahawa anaknya, Mohd Afiq Firdaus dilahirkan tidak cukup bulan dan terpaksa ditahan di wad.
Namun, selepas dua bulan berada di bawah jagaan hospital, luluh hati ibu bapa tersebut setelah mendapat panggilan dari pihak hospital mengenai keadaan anak mereka.
Kemudian, suami isteri tersebut segera melaporkan perkara itu kepada pihak polis untuk menuntut bela atas kecederaan yang menimpa anak mereka.
“Pada 16 Julai lalu, pukul 11.30 malam, ibu dikejutkan oleh pihak hospital memberitahu baby ibu yang masih kecil dan tak cukup bulan telah terjatuhkan oleh jururawat yang tak bertanggungjawab.

“Semoga ALLAH SWT permudahkan segalanya demi anak ibu yang baru membesar. Ibu tunggu kepulangan anak ibu selama dua bulan 10 hari di wad, hari-hari ibu doa supaya anak ibu cepat sihat dan membesar dengan sihatnya, tapi nurse yang cuai buat kerja, terjatuhkan anak ibu macam itu saja.
“Dah dijatuhkan tapi tak mahu munculkan diri untuk berjumpa ibu,” jelasnya di laman TikTok miliknya itu.
Pihak hospital turut tidak ambil peduli tentang perkara tersebut
Malah apa yang menyedihkan, pihak hospital seolah-olah tidak memperdulikan keadaan anaknya itu dan didakwa tidak mahu bertanggungjawab.
Bukan itu sahaja, jururawat-jururawat di hospital tersebut turut menunjukkan reaksi seakan-akan tidak berpuas hati dengan suami isteri berkenaan.
Belum ada perkhabaran dari pihak hospital, apatah lagi ucapan maaf
Tambahnya lagi, dia masih belum mendapat sebarang perkhabaran mengenai keadaan anak mereka daripada pihak hospital termasuk ucapan maaf daripada jururawat tidak bertanggungjawab itu.

“Sekurangnya awak datanglah jumpa kami, kami bukan nak minta awak melutut di kaki kami, awak dah musnahkan harapan baby saya yang dah berjuang dari lahir dengan berat badan 900 gram (g), (sekarang) baru (naik) 1.52 kilogram (kg), awak dah musnahkan semua itu.
“Pihak hospital janganlah buat bodoh saja, harap saja semua pelajar tinggi tapi tidak berani ke hadapan,” kongsinya tanpa mendedahkan nama hospital berkenaan.
KKM memastikan tindakan seterusnya dapat diambil
Sementara itu, menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, setakat ini kementerian sedang mengemas kini data bagi memastikan tindakan selanjutnya akan diambil.
“Kita ada menerima beberapa aduan kes kecuaian pihak hospital, tetapi rasanya lebih tertumpu di media sosial.
“Pada peringkat kementerian segala aduan yang kita terima akan dibuat siasatan secara dalaman terlebih dahulu bagi memastikan siasatan secara terperinci dapat dibuat,” katanya pada Khamis, memetik laporan.
16hb7.11.30pm ibu di kejutkan oleh pehak hospital memberi thu bby ibu terjatuh oleh nurse yg x bertanggungjawab telah terjatuh kn bby ibu yg masih kecil yg xckup blun .. Skrg bby ibu ada perdarahan di bahagian otak, retak tulang kepale belah kire, ya Allah luluh ati ibu dn papa dgr berita itu, ya Allah aku redha dugaan dn hujian yg ko beri pd kami, dgn segera nye aku lki bini membuat report polis, atas kecederaan pd bby kami, smoga Allah permudahkan segala nye demi ank ibu yg baru nk membesar, ibu tgu kepulangan ank ibu selame 2bln 10hri di wad hri2 ibu doa supaya ank ibu cpt sht dn membesar dgn sht nye, tpi oleh nurse yg cuai buat keje terlah jatuh kn cmtu je ank ibu, dh di jatuh kn tpi xnk mucul kan diri tuk ber jmpe ibu dn papa. Ati ibu xblh time perbuatan dia,, smoga Allah yg tentukan segalanya ibu xsgup kehilangan ank ibu..
Sebelum ini juga pernah tular mengenai anak berusia dua tahun meninggqal dunia kerana cirit birit diberi air garam akibat kecuaian di sebuah klinik kesihatan.


