Siap Iklankan Di Sosial Media, Ibu Sanggup Jual Bayi Kandung 14 Hari Demi Bayar Hutang

20 Jul 2023 • 6:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tekad Seorang Ibu untuk Menjual Bayi 14 Hari

Siap Iklankan Di Sosial Media, Ibu Sanggup Jual Bayi Kandung 14 Hari Demi Bayar Hutang. Kes menyedihkan baru-baru ini telah mengejutkan masyarakat apabila seorang ibu, HI, berusia 29 tahun, nekad menjual bayinya yang baru berusia 14 hari dengan harga 30 juta rupiah (RM9,083) bagi melangsaikan hutangnya.

Perbuatan ini, meskipun mengejutkan, merupakan langkah drastik yang diambil oleh HI untuk membayar hutangnya.

image is not available
Siap Iklankan Di Sosial Media, Ibu Sanggup Jual Bayi Kandung 14 Hari Demi Bayar Hutang

Bertemu Pembeli di Hotel Semarang, Jawa Tengah

Dalam keadaan yang mendesak, wanita ini memilih jalan pintas yang mungkin tidak terlintas di fikiran oleh kebanyakan orang iaitu dengan menjual anak kandungnya.

HI bertemu dengan wanita yang mahu membeli bayinya di sebuah hotel di Semarang, Jawa Tengah.

Media sosial menjadi medium antara HI dan wanita tersebut. HI menghantar kongsian dengan niatnya untuk menjual bayinya di media sosial, dan hantaran itu ditemui oleh wanita yang bersedia membeli bayi tersebut.

image is not available

Kesalahan Yang Membawa Penyesalan

Selepas beberapa perbincangan, mereka sepakat untuk bertemu, dan transaksi penjualan bayi pun terjadi. Setelah transaksi, HI merasa menyesal dan ingin memulangkan bayi tersebut.

Empat hari setelah penjualan, penyesalan mulai menghantui HI. Dia merasa harus mengambil kembali bayi tersebut dan ingin memulangkan wang yang telah diterima.

Namun, usahanya untuk menghubungi wanita tersebut gagal apabila dia mendapati dirinya telah disekat dari Whatsapp dan Facebook wanita tersebut.

image is not available

Bayi Akhirnya Kembali ke Pelukan Ibu Kandung

Suami HI mengetahui isterinya berhutang, namun tidak mengetahui perbuatan isterinya menjual anak mereka. Setelah mengetahui kasus ini, suami HI segera berlari ke balai polis untuk membuat laporan.

Polis Semarang bergerak pantas dalam menangani kes tersebut. Mereka berjaya menahan wanita yang membeli bayi HI di rumahnya beberapa hari kemudian.

image is not available

Pembeli tersebut menjelaskan bahwa dia dan suaminya telah lama berkahwin dan belum mempunyai anak, dan setelah melihat postingan HI di media sosial, dia segera menghubunginya.

Akhirnya, bayi tersebut kembali ke pangkuan ibu kandungnya kerana masih menyusu badan.

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: