Lagi Kes Kemalangan Udara, Sebuah Pesawat Ringan Terhempas Di Besout, Sungkai

4 May 2024 • 1:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh di media sosial hari ini apabila sebuah video tular di Facebook tentang sebuah pesawat ringan terhempas di hutan Felda Gunung Besout, Sungkai, Perak.

image is not available

Memetik laporan Sinar Harian, pesawat ringan itu telah dinaiki oleh dua orang.

Dalam video yang tular, dapat dilihat seorang wanita yang beruniform juruterbang meminta pertolongan dari individu yang merakam video itu agar menghubungi pihak ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna media sosial yang dikenali sebagai Shah Sungkei menerusi Facebook Group WARGA SUNGKAI.

image is not available

Menurut BERNAMA, pesawat ringan tersebut merupakan pesawat latihan dan dua orang mangsa yang terselamat telah dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.