Lagi laporan kes buli pelajar

4 Apr 2024 • 3:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Polis di sini sedang menyiasat kes ugutan jenayah melibatkan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada seorang guru perempuan berumur 56 tahun, pada jam 10.25 malam Isnin lalu.

“Laporan yang diterima adalah berkaitan kejadian ugutan jenayah melibatkan pelajar di sekolahnya.

“Hasil siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku di asrama sekolah yang melibatkan dua mangsa iaitu pelajar Tingkatan 1, dan dua suspek masing-masing pelajar Tingkatan 2 dan 5,” katanya.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Abdul Fuad juga berkata, kedua-dua mangsa dan dua suspek telah hadir ke balai polis untuk diambil keterangan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kejadian ini muncul sehari selepas 13 remaja lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Lahad Datu atas tuduhan membunuh pelajar berusia 17 tahun di sekolah vokasional, bulan lepas.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati, atau penjara antara 30 dan 40 tahun, dan tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.