Lagi Mangsa Dipercayai Dibaham Buaya, Kini Berlaku Di Sabah

31 Jul 2022 • 5:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dibaham buaya ketika memancing.

Lagi Mangsa Dipercayai Dibaham Buaya, Kini Berlaku Di Sabah. Pagi ini masyarakat di Sabah telah dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang wanita di kawasan sungai di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, Kota Kinabatangan.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Norsila Sayong berusia 32 tahun ini telah dipercayai dibaham buaya semasa mangsa melakukan aktiviti memancing di kawasan sungai tersebut.

image is not available
Sumber gambar: FB Kelab Info Malaysia

Dilaporkan hilang dan ditemui keesokkan paginya.

Difahamkan sungai tersebut yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan dan sering menjadi lokasi memancing ketika air pasang dan kejadian ini tidak menyebelahi mangsa apabila pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima laporan tentang kehilangan mangsa.

Selepas menerima laporan, pihak JBPM Sabah bergegas ke tempat kejadian yang berjarak 12 kilometeer dari balai mereka bagi memulakan pencarian.

Mangsa dilaporkan telah hilang pada pukul 3.42 petang semalam. Pada sebelah pagi keesokkan harinya, pukul 6.53 pagi mayat mangsa telah dijumpai kira-kiranya 800 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

image is not available
Lagi Mangsa Dipercayai Dibaham Buaya, Kini Berlaku Di Sabah. Sumber gambar: FB Borneo Network

Sumber sungai sebagai sumber utama.

Secara lumrah dunia, dimana-mana sungai pasti ada buaya kerana disitu habitatnya. Kita terkadang tidak dapat mengelak jika sungai adalah tempat pencarian sumber pendapatan dan sumber makanan harian untuk sesetengah masyarakat. Cuma diharap dengan kekerapan kejadian mangsa dibaham buaya yang terjadi di Borneo ini dapat menggesa pihak berkuasa melakukan sesuatu.

Untuk cerita lain yang terjadi di Borneo, boleh baca di artikel berikutnya: