Wanita Maut Dipercayai Dibaham Buaya Ketika Memancing

31 Jul 2022 • 12:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KINABATANGAN, 31 Julai (Bernama) — Seorang wanita ditemukan maut hari ini dipercayai dibaham seekor buaya ketika melakukan aktiviti memancing petang semalam di tebing sebuah sungai di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, Kota Kinabatangan dekat sini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa dikenali sebagai Norsila Sayong, 32, dijumpai oleh orang awam bersama pasukan penyelamat pada 6.53 pagi tadi kira-kira 800 m dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

JBPM menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa pukul 3.42 petang semalam dan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan bergegas ke tempat kejadian sejauh 12 km dari balai.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Kawasan sungai tersebut, yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan sering menjadi lokasi memancing ketika air pasang.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved