Lagi Mangsa ‘Scam’ Pelaburan Facebook, Kali Ini Pula Mangsa Dari Kuching Rugi RM524K

6 Jun 2023 • 4:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa menemui iklan penipuan itu di Facebook

Lagi Mangsa ‘Scam’ Pelaburan Facebook, Kali Ini Pula Mangsa Dari Kuching Rugi RM524K. Dalam satu lagi kes individu menjadi mangsa penipuan pelaburan di Facebook, seorang lelaki berusia 33 tahun telah kerugian RM524,800.

Dilaporkan mangsa telah menemui iklan penipuan pelaburan di Facebook yang menjanjikan pulangan sebanyak 20 peratus daripada pelaburan tersebut.

image is not available
Lagi Mangsa ‘Scam’ Pelaburan Facebook, Kali Ini Pula Mangsa Dari Kuching Rugi RM524K

Telah membuat 19 transaksi ke tujuh akaun bank berbeza

Menurut laporan, mangsa yang merupakan seorang ahli perniagaan tertarik dengan skim pelaburan ‘BB Trade VIP’ yang diiklankan di Facebook dan mengklik pautan ‘ketahui lebih lanjut’ siaran itu sebelum dihubungi suspek.

Suspek yang menggunakan nama ‘Justin Kang’ telah menghubungi mangsa menggunakan nombor 011-40086359 dan 011-56376504. Menurut ‘Justin Kang’, mangsa akan memperoleh keuntungan sebanyak 20 peratus daripada pelaburan itu.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Tertarik dengan pulangan keuntungan itu, mangsa melakukan 19 transaksi pembayaran ke tujuh akaun bank berbeza berjumlah RM524,800 antara 28 April dan 5 Jun tahun ini.

Menurut mangsa, suspek telah mengarahkan mangsa untuk membuat pembayaran ke beberapa akaun sebagai yuran perkhidmatan untuk pelaburan tersebut.

Menyedari ia adalah penipuan apabila gagal menghubungi suspek

Mangsa hanya menyedari dia telah ditipu apabila dia gagal menghubungi suspek pada kedua-dua nombor yang digunakan untuk berhubung dengan mangsa.

Orang ramai dinasihatkan hanya mendapatkan nasihat daripada ejen berdaftar berhubung skim kewangan dan tidak terpengaruh dengan mereka yang mendakwa menawarkan keuntungan besar dalam tempoh yang singkat.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya hanya membuat pelaburan pada platform yang disahkan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Jika anda mengesyaki bahawa anda telah menjadi mangsa penipuan, anda boleh menghubungi National Scam Response Centre di 997 untuk mendapatkan bantuan. Sebagai langkah keselamatan, anda digalakkan memuat turun aplikasi mudah alih ‘Whoscall’ untuk menyemak sama ada nombor yang dipaparkan ditandakan sebagai penipu dalam pangkalan data sistem Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Waspada, penipuan pelaburan semakin berleluasa: