Lagi Mangsa ‘Scam’ Pelaburan, Seorang Pengarah Agensi Hartanah Di Kuching Rugi RM1.5 Juta

31 May 2023 • 4:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mangsa dijanjikan pulangan lumayan sebanyak 9%

Lagi Mangsa ‘Scam’ Pelaburan, Seorang Pengarah Agensi Hartanah Di Kuching Rugi RM1.5 Juta. Dilaporakan seorang pengarah sebuah agensi hartanah di Kuching menjadi mangsa terbaru penipuan pelaburan.

Penipuan terbabit telah mengakibatkan wanita itu kerugian RM1.5 juta selepas membuat 185 transaksi pembayaran dalam beberapa minggu.

image is not available
Lagi Mangsa ‘Scam’ Pelaburan, Seorang Pengarah Agensi Hartanah Di Kuching Rugi RM1.5 Juta

Bertemu dengan suspek di Facebook

Menurut laporan, mangsa berusia 66 tahun itu pada mulanya berkenal dengan suspek di Facebook pada bulan April lalu.

Mendakwa dirinya seorang warga Singapura yang bekerja di Hong Kong, suspek itu dengan mahir memujuk mangsa untuk melabur dalam perniagaan di platform media sosial popular, TikTok.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Ia juga difahamkan mangsa juga tersuka dengan suspek selepas hanya seminggu bermesej antara diri sendiri melalui WhatsApp.

Suspek telah menjanjikan mangsa pulangan lumayan sebanyak 9% daripada pelaburannya. Namun, mangsa diarahkan membuat 185 transaksi pembayaran kepada 21 akaun bank berbeza untuk memulakan usaha perniagaan tersebut – berjumlah RM1.5 juta dalam tempoh beberapa minggu.

Menyedari dirinya ditipu

Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila suspek meminta dana tambahan untuk ‘perniagaan’ terbabit.

Ia didapati mangsa telah menjadi mangsa terbaru untuk penipuan pelaburan yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Orang ramai dinasihati untuk menyemak terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang pelaburan yang terdapat dalam talian.

Anda boleh menyemak kesasihan akaun bank dan nombor telefon menerusi laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengelak diri tertipu atau hubungi National Scam Response Center di talian 997

Lagi di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved