'Lagi mereka membenci, lagi banyak kejayaan ALLAH kurniakan' - TMJ

LocalFootball
23 Nov 2024 • 10:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kenyataan Tunku Ismail di InstaStory miliknya (kiri), Tunku Ismail Sultan Ibrahim

PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pasukan Harimau Selatan telah mencipta pelbagai kejayaan biarpun ada sesetengah pihak yang sebelum ini membenci kelab itu.

Baginda yang juga pemangku Sultan Johor berkata, pengurusan yang betul juga menjadi faktor JDT menggapai kejayaan tidak kira dalam pasukan senior mahupun pelapis dalam setiap peringkat umur.

"Kalau kepala betul, ekor pun betul. Daripada atas sehingga ke bawah. Inilah JDT.

"11 tahun... lagi mereka membenci, tidak terima kenyataan dan cuba memperkecilkan kehebatan kelab ini, lagi macam-macam kejayaan ALLAH kurniakan dalam setiap aspek," katanya dalam InstaStory miliknya.

Tunku Ismail turut berkongsi gambar JDT IV yang telah berjaya memenangi Piala Belia selepas menundukkan Terengganu FC IV dengan agregat 7-5 dalam perlawanan akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Jumaat.

Sebelum ini, JDT III juga telah mencipta kejayaan memenangi Piala Presiden buat kali ketiga berturut-turut menewaskan Selangor FC baru-baru ini.

Selain itu, JDT II juga berada di kedudukan teratas Piala MFL selain JDT bawah 14 tahun (B-14) muncul juara dalam saingan Piala Supermokh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved