Lagi Nombor Plat Kenderaan Asing Ini Isi RON95 Di Jalan ByPass Miri

6 Oct 2022 • 1:28 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kenderaan bernombor plat asing mengisi petrol RON95

Lagi Nombor Plat Kenderaan Asing Ini Isi RON95 Di Jalan ByPass Miri. Tular lagi isu berkenaan dengan no plat kenderaan asing ini dilihat sedang mengisi minyak di salah satu Petronas di Miri.

Menerusi info yang diterima, sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran asing ini mengisi petrol RON95 yang merupakan minyak SUBSIDI untuk rakyat Malaysia sahaja.

image is not available
Lagi Nombor Plat Kenderaan Asing Ini Isi RON95 Di Jalan ByPass Miri. Sumber: FB Sarawak Roads Update

Difahamkan kenderaan tersebut, mengisi petrol RON95 di jalan ByPass Miri, berhadapan dengan Boulevard.

Perkongsian gambar dari FB Sarawak Road Updates ini tular dan menarik perhatian netizen. Perkongsian ini sekaligus memberi kesedaran kepada orang ramai terutamanya buat penjaga di kaunter stesen minyak untuk terus berwaspada.

Seperti yang kita kena ambil tahu, minyak RON95 di Malaysia adalah harga yang telah disubsidikan oleh kerajaan. Sebahagian besar harga sebenar minyak petrol RON95 adalah ditanggung oleh kerajaan. Subsidi ini pula tentunya tidak lain dan tidak bukan dibiayai menggunakan wang pembayar cukai, iaitu anda.

image is not available
Lagi Nombor Plat Kenderaan Asing Ini Isi RON95 Di Jalan ByPass Miri

https://www.facebook.com/SarawakRoadsUpdate/photos/a.2329961153700124/6121140581248810/

Anda boleh menyalurkan aduan menerusi platform KPDNHEP

Buat pengusaha stesen minyak, anda boleh dikenakan dan didakwa kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122). Perlanggaran ini boleh berdepan hukuman iaitu denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya, bagi individu, dan denda tidak melebihi RM2 juta untuk entiti atau syarikat.

Sekiranya anda ternampak kenderaan bernombor plat asing mengisi minyak petrol RON95 di stesen minyak, anda boleh menyalurkan aduan menerusi platform KPDNHEP seperti berikut:

Whatsapp+6019 2794317 

Talian bebas tol: 1-800-886-800

Isu ini ibarat dipandang enteng oleh pemilik stesen minyak. Ketahui lagi kenderaan asing kantoi isi petrol bersubsidi di Sarawak: