
JERUSALEM: Tentera israel menembak dan membunuh seorang lagi pemuda semasa serbuan penangkapan di Tebing Barat yang diduduki, menurut seorang pegawai di Palestin.
Pemuda Palestin dikenali sebagai Mohammed Tawfiq Badarneh, 25, yang cedera parah semasa serangan tentera israel di bandar Yabad, barat daya bandar Jenin di utara Tebing Barat, telah meninggal dunia akibat kecederaannya, menurut Kementerian Kesihatan.
Three Palestinians shot, one arrested during an lsraeli military raid in Ya’bad, southwest of Jenin. pic.twitter.com/BcA2wt3ApY
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) November 30, 2022
Tambahnya, seorang pemuda yang mengalami kecederaan kritikal didada telah di bawa ke Hospital Ibn Sina di Yabad sebelum disahkan meninggal dunia.
Laporan daripada Jenin melaporkan bahawa tentera menyerbu bandar itu pada awal petang dan mengepung sebuah rumah, memanggil penghuninya keluar dan dipaksa menyerahkan diri.
lsraeli occupation forces invade Ya’bad, southwest of Jenin, and raid a Palestinian house in the town. pic.twitter.com/Z5MAobC7wp
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) November 30, 2022
Ia diikuti dengan pertempuran antara penduduk tempatan dan tentera israel yang merompak selepas mereka mengepung rumah bekas tahanan Palestin, Abdel-Ghani Herzallah dan dikerah menyerah diri.
Media coverage: "A sad farewell to young Palestinian man Mohammad Badarneh, who was killed today by Israeli occupation forces' live bullets in Ya'bad town, southwest of Jenin." pic.twitter.com/TdVJKl4wnu
— Quds News Network (@QudsNen) November 30, 2022
Pertempuran bersenjata pula tercetus antara askar dan lelaki bersenjata yang mengakibatkan Badarneh terbunuh dan seorang lagi cedera sebelum tentera meninggalkan bandar selepas menahan seorang warga Palestin.
Lebih 206 rakyat Palestin telah terbunuh dalam pertempuran israel-Palestin di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis tahun ini, menjadikannya tahun paling teruk sejak 2006.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
The post Lagi pemuda Palestin korban serbuan israel di Tebing Barat first appeared on UMMAHToday | Sumber Berita Mutakhir Ummah.

