Selepas sekolah, penceroboh israel roboh rumah warga Palestin

29 Nov 2022 • 10:55 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

HEBRON: Pasukan penceroboh israel merobohkan 2 rumah milik rakyat Palestin di sebelah timur bandar Hebron yang diduduki dan mengarahkan meruntuhkan sebuah sekolah rendah di Masafer Yatta, selatan Hebron.

Wartawan WAFA melaporkan, tentera israel menyerbu kawasan timur bandar itu dan merobohkan dua rumah milik dua penduduk tempatan.

Aref Jaber, seorang aktivis, memberitahu WAFA bahawa setiap rumah berkeluasan 120 meter persegi dan didiami oleh 12 orang, kini penghuninya menjadi gelandangan.

Penduduk kawasan itu memberitahu WAFA bahawa pencabulan berterusan israel terhadap rumah, tanah dan ladang mereka, bertujuan untuk memaksa mereka keluar dari kawasan itu bagi memperluaskan penempatan Kiryat Arba, yang dibina di atas tanah yang dirampas daripada rakyat Palestin.

Sementara itu, tentera israel mengeluarkan arahan runtuh & roboh terhadap sebuah sekolah dalam komuniti Khashem al-Karm di Masafer Yatta, di Bukit Hebron Selatan.

Fouad al-Imoor, seorang aktivis, berkata bahawa tentera israel menyerbu kawasan itu dan mengeluarkan arahan perobohan terhadap sekolah itu untuk dijalankan dalam tempoh 96 jam.

Tambahnya, sekolah rendah itu mempunyai 5 bilik darjah dan berkhidmat kepada 35 pelajar sekolah masyarakat setempat.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini