Lagi pendaki Gunung Kinabalu cedera

20 Jun 2022 • 12:45 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Seorang wanita tempatan berusia 31 tahun terpaksa dibantu untuk turun ke tempat selamat selepas kaki kanannya terseliuh semasa mendaki Gunung Kinabalu pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Ridwan bin Mohd Taib berkata insiden itu merupakan kejadian ke-31, tahun ini.

Menurut Ridwan, dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi di kilometer 6.1 di denai Gunung Kinabalu itu, pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MoSAR) Pegawai Bomba Bantuan PBB bertindak pantas selepas kaki mangsa yang cedera mula membengkak.