“Lagi Ramai Like, Lagi Dia Suka” – Ceraikan Isteri Dalam Video, Bekas Pekerja Dakwa Bosskay Hanya Nak ‘Famous’

Entertainment
14 Mar 2023 • 1:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terdahulu, nama pempengaruh media sosial Bosskay telah mendapat perhatian orang ramai selepas betindak melafazkan cerai terhadap isterinya, Cik Pia menerusi hantaran video di WhatsApp.

Menerusi video tersebut, Bosskay atau Kay Azlee menceraikan isterinya dengan talak dua selain turut sempat mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada Cik Pia.

Tampil memberi respon, usahawan itu meluahkan rasa hairan apabila video berkenaan tular di media sosial memandangkan dia hanya menghantar video tersebut secara peribadi kepada isterinya.

Saya hantar melalui WhatsApp dan saya tak bagi dekat orang lain..

Bagaimanapun, lain pula yang dikatakan oleh seorang individu yang mengakui dirinya sebagai salah seorang bekas pekerja kepada Bosskay.

Menerusi ciapan di Twitter, bekas pekerja dikenali sebagai Ain Hikmah itu mendedahkan sikap bekas majikannya itu yang sangat sukakan perhatian.

image is not available

Bukan itu sahaja, Ain mengakui bekas majikannya itu mempunyai kepakaran dalam media sosial namun bertindak mengadakan kelas perniagaan hanya selepas bisnes tidak mendapat sambutan.

Malah, dia memilih untuk berhenti kerja lebih awal selepas mengakui hatinya tidak tenang kerana terpaksa ‘overclaim’ produk jualan bagi mencapai target yang ditetapkan setiap bulan.

Tambahnya lagi, Ain bersyukur membuat keputusan tersebut kerana terdapat pekerja yang menghadapai masalah KWSP yang tidak dibayar oleh Bosskay selain diberhentikan sebelum mendapat bonus.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 17 jam lalu

"Saya Tak Bagi Dekat Orang Lain.." - Boss Kay Kesal Video Lafaz Talak Tersebar Di Media Sosial Padahal Hantar Melalui WhatsApp